10 September 2016

Kuala Lumpur: Kota Ibu Kota

Yeah..! Sem baru pun dah mula, report intern pun dah hantar, lecture pun dah start. Sem baru, tahun baru, adik-adik baru, style baru hehe. Aku dah naik 4th and final year sekarang, cepat ja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah tinggal setahun ja lagi untuk habiskan degree di UIA Kuantan ni.

Kali ni aku tak berniat nak cerita pasal hidup aku kat kampus, sebab aku rasa macam tak dak apa nak cerita sangat, sama ja benda yang aku buat tiap-tiap hari dari dulu sampai sekarang. Antara rutin aku, pi kelas, makan, buat assignment, presentation, meeting, lab, discussion, hantar lab report, designing, sakit kepala, makan, tidoq. Haha, malas nak cerita.

Jadi kali ni, sebelum ingatan aku berkarat, aku nak cerita tentang trip aku dengan Khai, Syahiyy dan Che An di KL yang aku ada sebut dalam entri lepas. Alang-alang tinggal lagi seminggu ja intern, kami buat keputusan untuk lawat Kuala Lumpur.

Sebenaqnya plan asal kami nak pi i-City di Shah Alam. Tapi bila pikiaq balik rasa macam tak berbaloi sebab jauh, agak mahal, dan tak banyak yang kami boleh buat kalau pi siang. Last-last kami tukaq plan nak pi jalan-jalan di sekitar KL.

Kami hanya menggunakan LRT untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Lepas ambik Che An di KTM Serdang pagi Sabtu tu, kami teruskan perjalanan ke Stesen LRT Sungai Besi. Park kereta di situ, naik LRT terus ke Masjid Jamek.

Ha, bagi hampa yang tak tau, di sekitar stesen LRT Masjid Jamek ni ada banyak tempat menarik untuk dilawati. Antaranya Dataran Merdeka, Masjid Negara, Muzium Tekstil, KL City Gallery, Perpustakaan Kuala Lumpur, Pasar Seni, Kelab DiRaja Selangor, Masjid Jamek dan Masjid India. Kalau nak pi, boleh jalan kaki ja dari stesen LRT tu.

Muzium Muzik

Lokasi pertama yang kami pi hari tu ialah Muzium Muzik. Dia bersebelahan dengan KL City Gallery dan berhampiran juga dengan Muzium Tekstil. Tiada bayaran masuk dikenakan, hanya perlu tulis nama ja dalam buku log di kaunter pendaftaran dalam tu. Ada banyak alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum, budaya, dan negeri dipamerkan. Boleh la nak kenal-kenal dengan alat muzik yang mungkin tak pernah tengok pun sebelum ni.

Gong besaq menyambut kedatangan kami
@Buloh Inn

Banyak alat-alat muzik yang ada kat muzium ni. Tetapi, alangkah lebih baik sekiranya setiap alat muzik tu disertakan dengan bantuan gambar, video atau audio tentang bagaimana ia dimainkan dan muzik yang dihasilkan. Satu kekurangan jugak la, sebab ada sebahagian alat muzik yang kita tak boleh bayang pun cara nak main dia macam mana. Ini adalah satu penambahbaikan yang saya rasa perlu dibuat di muzium ni.

Dataran Merdeka

Bila dah sampai di kawasan ni, apalah salahnya kalau kita singgah di Dataran Merdeka. Nak kata jakun tu tak jugak, tapi sejujurnya ini memang kali pertama kaki saya memijak rumput di Dataran Merdeka.

"Inilah barisan kita, yang sanggup berjuang.."
Budak-budak kacamata
Cari jalan ke Pasar Seni. Hampir sesat di kota raya
Dataran Merdeka

Kat kawasan ni memang ramai pelancong sama ada dari dalam atau luaq negara. Kita pun bajet-bajet la macam pelancong, bergambar di sana sini.

Muzium 3D, Pasar Seni

Selepas Dataran Merdeka, kami berjalan pulak ke Pasar Seni. Sebenaqnya, tak jauh sangat pun dengan tempat tadi, tapi jauh lah jugak, lepas tu nak kena cari pulak muzium ni dekat mana. Puas pusing CM, naik turun tangga, akhirnya jumpa jugak. Rupa-rupanya muzium ni terletak di Tingkat 2, Bangunan Annex, bangunan yang ada banyak hasil seni, bukan yang banyak jual-jual tu. Dan nama panjang muzium ni ialah Illusion 3D Art Museum.

Ini jugak kali pertama saya sampai di Muzium 3D. Khai dengan Syahiyy yang beria sangat ajak nak pi muzium ni. Lagi-lagi sebab dapat harga murah untuk pelajar, hanya RM 15 bagi pelajar (kena bawak kad matrik) berbanding RM 33 harga biasa untuk seorang dewasa.

Tiket yang dia bagi

Muzium ni adalah tempat yang paling best untuk hilangkan stress dengan cara yang sangat kreatif. Di sini, kita kena buat sehabis baik untuk dapatkan gambaq yang paling hampir ‘real’ dengan lukisan-lukisan yang ada. Ada lebih kurang 30 gambaq yang ada di dalam muzium ni. Dengan harga yang sangat berpatutan bagi pelajar, amatlah rugi kalau tak masuk.

Cepat selamatkan diri..!


Macam tu je buang sampah, tak payah turun kereta pun.
Jom pi Madagascar!
Besaqnya kaki
Warna kuku tangan manusia besar.
"I wanna hold your hand..." -The Beatles
"My heart will go on and on..."
Menuju bintang
Bajet surfing. Haha.
Jemput masuk kawan-kawan.
Sapa suruh kacau dia menjahit, kan dah kena marah.

Bahagian yang paling best ialah berlakon dalam video 3D dalam sebuah bilik hitam.

Secara keseluruhan, muzium ni adalah tempat yang paling best kami lawati pada hari tu. Seronok sangat dapat kurangkan tekanan nak habiskan report intern dengan cara yang paling kreatif kami boleh bagi.

Setelah penat berlakon dan beraksi di muzium ni, kami makan tengahari di Pasar Seni dan solat Zohor di Masjid Jamek, sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu KLCC.

KLCC

Plan asal kami ke sini sebab Khai nak usha buku, nak habiskan baucer buku katanya. Tapi bila sampai, Subhanallah ramai gila orang! Tak pernah lagi lah mai KLCC orang seramai ni. Penat dengan orang yang sangat ramai, kami pusing pi pusing mai, akhirnya keluaq ke taman KLCC. Kat luaq ni pun memang ramai sangat orang. Al-maklumlah, hari Sabtu kan.

KLCC

Bila kat taman ni, macam-macam benda pelik pulak kami jumpa. Sebenaqnya tak pelik pun, tapi sebab dah bertahun kami tak mai sini, jenis orang yang kami jumpa pun tak sama macam dulu. Dengan budak-budak raver-nya, dengan PokemonGo-nya, rasa macam lawak pulak tengok depa ni. Budak-budak sekarang kan. Harap-harapnya depa membesar dan mendewasa dengan baik.

Setakat tu saja lah cerita tentang Kuala Lumpur. InsyaAllah lepas ni aku akan cuba update apa yang berlaku di Kuantan pulak, kalau rajin dan ada masa la. Doakan aku dan kawan-kawan aku terus sukses dan tabah menghadapi tahun akhir di UIA Kuantan.

29 August 2016

Dah Habis Intern!

Fuhh! Penat gilos! Habis ja intern Jumaat lepas, hari Sabtu aku terus ke rumah Kak Leha kat Sepang. Hari Ahad pulak depa bawak pi jalan kat Pantai Morib. Elok-elok aku nak ambik gambaq ja, talipon tangan habis bateri. Haha, Tuhan tak bagi menunjuk kat orang la tu.

Ni ja gambaq kat Pantai Morib yang sempat diambil
Aku dah biasa pi rumah Kak Leha ni. Oleh sebab dia kerja sekerat hari Sabtu tu, aku naik bas dari TBS ke KLIA. Habis kerja kak aku mai ambik balik ke rumah dia. Petang Ahad tu pulak, Abang Nasir mai ambik kat Morib, singgah Serdang ambil barang, kemudian balik ke rumah dia. Memang letih lah beberapa hari ni. Ingatkan nak balik Kedah pagi tadi, tapi rasa dah tak larat, balik esok ja lah.

Tiket bas TBS-KLIA
Yeah, Dah Habis Intern!

Yeah! Setelah berhempas pulas selama 11 minggu, akhirnya selesai lah sudah intern kami. Khai dengan Syahiyy sibuk suruh aku update blog and wrap up everything along the journey. Cewah, cakap orang putih! Baiklah kawan-kawan, mai saya cerita secara ringkas tentang internship a.k.a. LI saya ni.

Yeah, dah habis!
Pilihan saya kat MARDI bukan pilihan pertama atau kedua. Saya usaha mintak tempat-tempat yang dekat dengan rumah tapi jodoh saya dengan MARDI HQ yang kat Serdang ni jugak. Ehem, mungkin jodoh saya pun macam tu jugak kot, dok harap orang dekat-dekat, tengok-tengok dapat yang jauh-jauh jugak. Mana la tau kan? Ahaks!

Bila dah dapat jauh-jauh ni, kena lah cari tempat tinggal sendiri. Oleh sebab Khai dengan Syahiyy dapat sekali, kami pun plan lah nak duduk sekali ja, senang dan mudah. Mula-mula ingat nak duduk kat kolej kediaman UPM ja, tapi bila tanya rumit pulak jadinya. Dalam minggu-minggu terakhir sem lepas, waktu tengah exam, baru lah kalut-kalut cari rumah atau bilik sewa. Sungguh tak disangka, rezeki kami dapat bilik sewa rumah taman yang murah dan tak jauh dari tempat kerja.

Ni lah rumah kami dulu
Hari pertama nak lapor diri, cuak sangat. Ketaq la jugak walaupun kami bertiga-tiga, sebab tak tau tempat tu macam mana kan. Lepas lapor diri kat HR, kami pun pi ke TS3. Awal lah jugak kami sampai pagi tu, sebelum pukul 8.00. Tunggu lah SV masing-masing mai dulu.

Lepas tu, kami pun jumpa dan berkenalan dengan SV. Nama SV saya En. Mohd. Lip bin Jabit, pegawai penyelidik kanan di TS3 ni. SV Khai ialah Pn. Faiez, SV Syahiyy pulak ialah Pn. Hasni. Lepas sembang-sembang dan bincang sikit dengan SV, kami diperkenalkan dengan sebahagian staf kat sini. Mula-mula kenal memang la takut-takut, sebab tak tau lagi orang-orang kat sini macam mana kan. Tapi, bila hang dah duduk lama kat sini, gotong-royong sekali, makan sekali, sembang sekali, semua orang sebenaqnya okay dan baik sangat.

Gambaq dengan sebahagian staf pada Jamuan Hari Raya baru-baru ni
Sepanjang intern, ada la hari-hari yang kami kena balik lewat sebab nak siapkan kerja. Awal-awal dulu aku yang selalu habis lewat, tengah-tengah tu Khai, hujung-hujung Syahiyy pulak. Walaupun kami tak dak punch card, tapi kena lah tepati masa pi dan balik kerja. Tak kesah sangat pun balik lewat, bagi aku ni adalah pengalaman awal untuk FYP, Master atau PhD nanti.

Kat TS3 ni bukan ada kami saja, tapi ada lagi 7 orang student intern dari macam-macam universiti. Ada yang mai dari UPM, UMT, UTM, UiTM, UMS dengan UniMAS pun ada sekali. Nak sebut jugak nama depa, Hawa, Ayu, Farah, Miera, Marriesa, Syidah, dan Athirah. Kami pun tak sangka lah student intern seramai ni. Bila dah ramai macam ni, selalu sangat meriah dan riuh kat ofis tu. Kadang-kadang keluaq makan sekali, lepak sekali, jalan-jalan sekali.

Lunch kat Texas Chicken, IOI Mall
Bila dah kerja kat situ, walaupun hanya intern, rasa macam dah sebati dengan tempat tu. Gosip sana, gosip sini, isu itu, isu ini. Bila orang tak puas hati, kita pun rasa tak puas hati, bila orang rasa gembira, kita pun rasa gembira, tapi bila ada perselisihan antara staf kita malas lah nak ambik part. Hahaha.

Teringat jugak waktu jamuan hari raya. Awai-awai tu ada perselisihan jugak antara kami dengan staf secara diam, tapi akhirnya kita cuba fahami dan rai pandangan masing-masing. Nothing to be wondered lah, tak dak masalah pun kan. Hiduplah secara rukun dan damai. Acewah!

Gambaq time raya lagi
Sepanjang intern ni, macam-macam pengalaman yang kami dapat, sama ada ilmiah atau tak. Kalau daripada SV tu memang banyak yang ilmiah lah, kalau daripada staf lain banyak yang bukan ilmiah tapi lebih kepada skil dan survival. Aku ni nak kata tak pernah bekerja, pernah. Tapi aku tak pernah lagi bekerja ramai-ramai dalam satu ofis macam ni. Bagi aku, ni kira pengalaman yang cukup bermakna lah.

Bila dah habis intern, rasa sedih tu memang lah ada walaupun sekejap sangat duduk kat situ. Kalau ada peluang untuk aku terus kerja kat sini, aku akan consider untuk terima tawaran tu. Hehe.

Antara gambar-gambar terakhir sebelum meninggalkan MARDI huhu.
Oleh itu, di kesempatan ini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MARDI terutamanya TS3 kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri di sini. Terima kasih kepada SV saya En. Mohd. Lip kerana telah berkongsi begitu banyak ilmu dan pengalaman yang tak ternilai sepanjang latihan industri ini.

Gambaq dengan semua SV, TP TS3 dan Dr. Fiona dari UIA sewaktu Lawatan Pensyarah baru-baru ni
Tidak lupa juga kepada Khai dan Syahiyy yang sudi menemani tidurku, menjaga makan minumku, menjadi penumpang setiaku sepanjang intern ni. Hehe.

Hmm, tak tau dah nak cerita apa lagi. Khai, Syera, kalau hampa ada nak tambah apa-apa tulis kat comment naa. Wassalam.

Seronok sampai rasa nak terjun kolam. Hahaha.
p/s: Oh ya, hujung minggu terakhir sebagai intern, kami ada jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. InsyaAllah nanti aku tulis pasal tu pulak ya.

19 August 2016

Tips Nak Pi Jalan

Aku ni sebenaqnya bukanlah kaki jalan sangat pun. Tapi sebab intern kat Serdang ni tak lama, dalam 2 bulan ja, dengan kawan-kawan aku (Khai dengan Syahiyy, Che An sekali) yang tak reti duduk diam time hujung minggu, hehe, tambah pulak ada kereta dan public transport yang pelbagai, ni lah antara sebab aku banyak pi jalan akhir-akhir ni.

Tambahan pulak, menyahut seruan Allah dalam al-Quran, di mana ada banyak ayat yang sebut:

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا...

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah...” hingga akhir ayat.

Berjalan ni seronok sebab hang boleh buka mata melihat keindahan alam dan ciptaanNya. Macam-macam benda hang boleh jumpa, hang boleh tengok perangai orang macam mana, belajaq dunia luaq macam mana, tambah ilmu, tambah pengalaman, dan banyak lagi lah.

Tapi, sebelum nak pi mana-mana, hang kena la buat beberapa persiapan supaya perjalanan hang tu lebih enjoy, jimat duit, tenaga, dan masa. Jadi kali ni aku nak share apa yang biasa aku buat bila tiba-tiba rasa nak pi jalan.

1. Kawan

Kawan ni memang sangat penting. Kalau tak pun mesti kena ada sorang teman, bini hang ka, laki hang ka, adik hang ka, mak hang ka. Sebabnya kalau tak dak kawan, perjalanan hang tu akan jadi sunyi dan hang tak puas nak ekspresikan betapa seronoknya perjalanan tu. Bila ada kawan, hang boleh share perasaan dan keterujaan, bila ada masalah pula boleh selesaikan sama-sama.

Kawan jugak penting untuk penjimatan, haha. Macam mana tu? Duit minyak, tol dan parking boleh kongsi sama rata. Kadang-kadang hang jugak boleh dapat harga pakej yang lebih murah bila pi ramai-ramai berbanding pi seorang.

Satu lagi point, berjalan atau bermusafir ni adalah satu cara yang paling baik untuk hang kenal siapa kawan-kawan hang. Waktu ni lah hang boleh tau depa ni jenis yang macam mana, cepat marah ka, penyabar ka, cerewet ka, gila-gila ka. Secara tak langsung, benda-benda ni akan membantu hampa dalam mengekalkan persahabatan yang dah dibina.

2. Kewangan

Kena ambik tau status kewangan hang dan kawan-kawan hang. Letak limit pada bajet yang hampa nak buat. Kewangan ni penting bagi pemilihan tempat, pengangkutan yang hampa akan guna, dan aktiviti yang hampa nak buat nanti.

3. Tempat

Yang ni bergantung pada minat hampa lah. Jangan pulak pilih tempat semata-mata sebab murah tapi tak best, hampa tak enjoy pun perjalanan ni. Ambil kira jugak jarak dari tempat hampa dan bayaran masuk kalau ada. Berbaloi tak nak pi tempat ni dengan kedudukan kewangan hampa, jarak, kos pengangkutan, dan aktiviti yang hampa boleh buat di sana?

4. Pengangkutan

Bila dah jumpa tempat yang sesuai, kena fikirkan pulak macam mana nak pi ke tempat tu. Apa pilihan pengangkutan yang hampa ada? Kereta, LRT, KTM, bas, teksi? Yang mana satu lebih mudah dan jimat? Pilihan di tangan hampa. Kalau ada masalah kat sini, jangan segan-segan untuk ubah lokasi, boleh jadi sekarang bukan rezeki lagi untuk pi ke tempat asal yang hampa nak pi tu.

5. Merancang

Sebenaqnya dari point 1 pun memang dah start planning, hehe. Selain yang atas ni, rancang jugak pukul berapa hampa nak mula gerak, kalau drive sendiri nak ikut jalan mana, cuaca macam mana. Apa pulak aktiviti yang hampa boleh dan nak buat di tempat tu nanti?

6. Persiapan sebelum nak pi

Ha, persiapan ni kena lah buat elok-elok. Pakaian mesti sesuai dengan tempat dan aktiviti yang hampa nak buat nanti. Contohnya kalau hampa plan nak naik bot itik, takkan nak pakai baju kurung atau jubah kan? Selain tu, siapkan jugak barang-barang yang perlu dibawa seperti IC, lesen, student card, kad TouchnGo, duit syiling, topi, selipar, backpack, spek hitam, kamera, monopod, baju spare kalau perlu, ubat-ubatan asas, bekal makanan dan air mineral. Jangan lupa juga charge telefon dengan power bank sampai penuh, dan pastikan kredit dan data telefon hampa aktif dan cukup.

Satu lagi point bagi yang nak drive sendiri, pastikan kereta hampa dalam keadaan baik sebelum bertolak tu. Buatlah rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) dan rutin sebelum memandu (RSM), time ni lah nak apply apa yang hampa pernah belajaq kat sekolah memandu dulu. Hihi. Pastikan minyak petrol, minyak hitam, tayar, lampu, signal, road tax, wiper, bateri, tayar spare, tools dan semua benda lah, dalam keadaan baik dan cukup.

7. Ready to Go

Dah bersedia semuanya, mental dan fizikal, apa lagi moh la kite!

p/s: Time bujang ni lah boleh pi jalan rata, nanti dah kawin dah ada anak, payah weh. Kih3.


17 August 2016

Kenanga Wholesale City (KWC)

Kali ni last minute plan ke KWC. Sebelum ni tak pernah tau pun ada tempat yang jual harga borong ni. Lepas Zam habaq Jumaat lepas, terus kitorang plan nak pi tempat ni esoknya. Kata Zam tempat ni memang sesuai untuk orang yang suka shopping atau usha-usha baju, macam Khai dengan Syahiyy la. Haha, hampa dua jangan marah naa.

Nak pi KWC ni senang ja rupanya. Kata Zam lagi, lebih mudah kalau hampa naik LRT daripada naik keta pi sana sebab satu hal pulak nak cari parking. Malam tu kita pun google la, nak keluaq jalan ni kena la plan betoi-betoi supaya tak rugi masa dan tak sesat, haha.

Dari Sri Serdang, kami drive ke LRT Sungai Besi. Tak jauh pun, dalam 15 minit dah sampai, tapi kena lah bayaq tol RM 2 sebab dah naik highway Sg. Besi kan. Kami keluaq pun dah dekat tengahari dah, boleh pulak bangun lewat pagi tu. Ehh.

Sampai di LRT, terus parking kat LRT tu, kena la dalam RM 4 untuk sehari. Kira boleh la kan sekali sekala. Tapi kalau hampa nak parking kat seberang jalan sana atau tepi jalan, ada orang cakap boleh jugak. Cumanya kami tak berani la nak try, satgi tiba-tiba kena saman ka apa ka hal lain pulak mai. Lagipun tenang sikit parking dalam tu kan, lagi secure rasa.

Masuk ke LRT, beli tiket ke stesen Hang Tuah, kena RM 3.20 seorang. Naik ja LRT dari sini terus sampai ke sana, tak payah tukaq-tukaq pun. Dalam 15 minit jugak kot nak sampai.

Bila dah sampai tu, keluaq ja dari LRT tu hampa akan nampak satu signboard kecik tulis ‘Kenanga Wholesale City’ tunjuk ke kiri. Ha, ikut ja lah anak panah tu. Hampa jalan ja ikut pejalan kaki kat tepi jalan tu, sampai lah hampa jumpak simpang ke kiri dengan signboard tulis Jalan Kenanga, masuk jalan tu.

Bila hampa masuk ja Jalan Kenanga ni, hampa akan dikelilingi oleh banyak kedai yang letak harga yang juga agak murah untuk barang yang depa juai. Kalau gamak tak larat nak jalan sampai KWC, beli kat kedai-kedai ni pun okay dah.

Jalan ja terus sampai hampa nampak bangunan yang tinggi dengan dengan senibina yang unik di sebelah kiri. Itulah KWC.

Ha, ni lah dia bangunan KWC
Bagi orang yang first time sampai sini, keterujaan kami tu tak tau nak habaq macam mana lah. Masuk ja bangunan ni, macam-macam barangan ada dengan harga yang memang murah tak tipu. Kalau kat KL ni memang payah la nak jumpa harga macam ni apa lagi dalam shopping complex macam ni kan.

Bangunan ni ada 9 tingkat semuanya, tapi yang ada jual-jual ni sampai tingkat 7 ja. Kalau tak larat nak pusing satu bangunan, pusing sikit-sikit pun dah okay sebab boleh kata kebanyakan barang lebih kurang sama dengan harga pun lebih kurang sama, jadi jalan takat larat ja la.

Bila dah sampai tengahari, memang lapaq la. Kami pun ke food court di tingkat 7, aku dengan Syahiyy ja makan, tiba-tiba pulak si Khai ni rasa tak sedap perut.

Ni menu aku. Asam chicken rice, sedap weh!
Lepas makan, kami solat di surau kat tingkat 8. Mula-mula tu melilau jugak mata nak cari surau kat tempat parking ni. Last-last tanya kat kaunter car park tu. Surau dia kat penjuru bangunan, agak selesa jugak, tak besaq sangat tak kecik sangat.

Selesai solat kami turun balik ke kedai-kedai, nak cari hadiah kahwin untuk housemate kami. Kami beli sepasang t-shirt yang sweet untuk depa. Harap-harap depa suka la naa. Harga dia RM 25 sehelai, beli satu percuma satu, so dapat lah harga tu untuk sepasang baju.

Dah penat pusing, baliklah kan. Naik LRT Hang Tuah ke LRT Sg. Besi, harga sama macam mai tadi. Dah sampai Sg. Besi, drive pulang ke Serdang.

Amacam? Ada iras-iras keturunan Hang Tuah tak? Haha
Nak dijadikan cerita, balik tu singgah lah stesyen minyak Petronas nak isi minyak. Dah habis isi, tiba-tiba keta tak boleh start. Gelabah satu badan. Nasib baik pekerja pam tu sudi tolong tolak keta ke tepi, Khai dengan Syahiyy pun tolak sekali lah, katang depa ni. Hehe.

Time tu dah masuk asar pun, alang-alang kat stesyen minyak tu ada surau, pi la solat dulu sementara tunggu Zam sampai, terpaksa minta tolong dia sebab tak dak sapa dah yang kenai duduk area tu.

Mujur jugak dah dekat area Serdang dah. Kedai keta pun belakang tu ja. Zam panggil orang pomen tu mai jumper bateri keta, lepas tu terus bawa keta pi kedai tukar bateri. Thanks Zam, kalau hang tak dak susah jugak kami ni. Huhu.

Sepanjang hari tu letih sangat tak tau nak habaq. Balik rumah, makan malam, tak lama lepas tu terus tidur sampai ke esok. Kena lah tidoq awai, esok nak berzumba pulak. Heh.

11 August 2016

Lecturer Datang

Minggu lepas kami tak pi mana-mana pun sebab nak buat persiapan untuk Lecturer Visit hari Selasa lepas. Terpaksalah korbankan satu lagi hujung minggu. Tapi pagi Sabtu tu sempat jugaklah pi jogging kat Taman Tasik Sri Serdang. Nak mengarang skrip untuk presentation mestilah kena bersedia mental dan fizikal dulu kan. Hehe.

Kat tasik ni, memang ramai orang bersenam, berjogging, memancing, bersantai-santai dengan keluarga, siap ada kelas bersenam untuk menguruskan badan lagi. Petang-petang time balik kerja pun nampak ramai orang bersenam kat tasik ni. Kami ni tunggu rajin ja la baru nak bersenam, kalau tak rajin memang memerap la kat rumah tu.

Hari Ahad pulak selepas sarapan kat rumah, tiba-tiba terasa nak berzumba. Terus cari zumba mudah untuk beginner kat Youtube. Ingatkan susah nak cari, rupanya berlambak kat Youtube tu, sampai ke cool down pun ada. Apa lagi, berjoget dan berzumba lah kami kat ruang tamu rumah tu, alang-alang housemate pun tak keluar bilik lagi. Hahaha.


Aktiviti lain di hujung minggu lepas, hanya siapkan bahan untuk pembentangan waktu lawatan pensyarah tu. Yang datang melawat kami kat MARDI Serdang ni ialah Dr. Fiona yang sangat awesome. Hari pembentangan tu, memang awal Dr. Fiona sampai, sebelum pukul 8 dah sampai kat TS3 ni. Lepas bawak pergi sarapan kat kantin, mulalah sesi pembentangan tu. Syahiy mula dulu, kena paksa sebab dia ada cerita pasal MARDI, lepas tu Khai, dan akhir sekali aku.

Pembentangan oleh Syahiy

Tak sangka pulak big boss kami iaitu Dr. Haslina, Timbalan Pengarah nak dengar sekali pembentangan tu. Maka bertambah cuaklah kami bertiga, dari awal sampai habis pulak tu Dr. Haslina stay.

Bila dah selesai tu seronok tak terkatalah. Supervisor kami, Dr Fiona, Dr Haslina semua sangat supportive. Depa buat pembentangan tu macam sesi perbincangan nak dapatkan hasil analisis yang lebih baik pulak. Lepas sembang-sembang sambil minum teh, Dr. Fiona dibawa melawat makmal.

Ucapan aluan
Bergambar dengan semua. Dari kiri Pn. Hasni (SV Syahiy), Pn. Faiz (SV Khai), En. Mohd Lip (SV saya), Dr. Fiona, Dr. Haslina, Syahiyy, saya, Khai.
Lawatan makmal
Lawatan ke bilik instrumen
Tengok instrumen lagi

Selesai kat TS3 ni, kami teman Dr. Fiona ke Pusat Penyelidikan Biotech untuk melawat Syaza pula. Ni first time kitorang dapat masuk tengok anak-anak pokok yang diorang buat. Bukan senang nak dapat permission macam ni. Comel sangat.

Lepas tu, kami terus teman Dr. Fiona ke tempat Aleen di makmal halal UPM, seberang je dengan IOI Mall. Ini pun sepatutnya tak boleh keluar hehe, tapi jangan risau, kami dah bagitau supervisor, nasb baik tak kena marah. Dapatlah jugak pusing-pusing tengok makmal dia.

Setakat ni je la entri kali ni. Projek pun dah selesai, tinggal nak siapkan laporan untuk MARDI dan untuk UIA. Rasanya hujung minggu ni pun tak ke mana kot, sebab nak siapkan laporan tu. Chill!

01 August 2016

Raya Lagi

Hai semua.

Sepanjang minggu lepas kami letih sangat sebab kena buat persiapan untuk Jamuan Hari Raya kat tempat kerja aku yang dibuat pada hari Jumaat lepas. Kami yang student intern ni cuma mampu tolong mana yang patut ja la, tolong hias, tolong potong bawang, tolong basuh pinggan, kerja-kerja macam ni lah yang kami mampu tolong. Bab masak-memasak tu, akak-akak kat sini yang handle, jadi kami tak join lah yang ni, bantu sediakan bahan ja. Makanan semua perghhh terbaiklah. Memang sedap sangat-sangat. Prop pun cantik.

Bergambar dengan Cik Ma the sweet lady dan Jazam the cameraman
Tunggu turn nak ambil gambar
Ni la bebudak intern kat sini, 10 kuntum semuanya
Bergambar dengan sebahagian staf TS3 termasuk TP Dr. Haslina (berdiri, 2 dari kiri)
Gambar lagi. Freestyle.
Balik kampung..hohoho..balik kampung..hati girang..
Sapa tau apa nama ketupat-ketupat ni?
Menunggu seseorang mengisi tempat di sebelah. XD
Letih seminggu buat persiapan raya, hujung minggu kami tak ke mana pun, cuma pi cari kasut kat IOI Mall sambil jalan-jalan pusing tempat tu. Ni bukanlah first time kami mai sini, cuma saja malas nak pi jauh-jauh setakat nak beli kasut kan. Dapatlah sorang 2 pasang haha, sebab ada offer ‘buy one free one’.

Kasut oh kasut
Minggu ni tak pasti lagi nak keluar ka tak sebab lecturer visit minggu depan, jadi nak la buat persiapan sikit. Tapi hari tu ada ajak kawan-kawan intern keluaq, kak Leha pun ada ajak pi rumah dia. Hmm, tengoklah macam mana nanti.

25 July 2016

Misi ke Taman Botani, Putrajaya

Sabtu lepas, classmate kami Che An datang Serdang, nak bermalam kat rumah. Dah alang-alang Che An datang, aku pun plan dengan Khai dan Syahiyy nak jalan-jalan kat Putrajaya. Ingat tak dalam entri lepas aku ada cakap pasal blog yang cerita tentang Taman Wetland dan Taman Botani kat Putrajaya tu? Ha, oleh sebab tu lah, aku ajak depa semua ke Taman Botani sekali dengan Che An.

Pagi Sabtu tu, kami siapkan dulu sarapan dan lunch untuk bawa bekal nanti, nak jimat kan. Lebih kurang pukul 10 pagi kami ambil Che An di KTM Serdang, lepas tu terus ke Putrajaya. Dari sini ke Taman Botani tak jauh mana pun, dalam 30 minit dah sampai.

Peta Taman Botani, Putrajaya

Bila dah sampai, kami terus ke Pusat Interpretif Pelawat. Nak masuk taman ni percuma ja tau, cuma bayar kalau nak sewa basikal. Kalau tak salah aku dalam RM8/jam waktu hujung minggu. Ramai ja yang sewa basikal tu pusing taman, tapi aku ajak kawan-kawan aku ni jalan kaki, boleh tengok pokok-pokok lagi dekat sambil exercise.

Kami mula dengan Titian Kanopi. Masuk ja kawasan ni, rasa seronok tu seriously tak terkata. Kiri kanan atas bawah ada tumbuhan. Apa lagi, mulalah bergambar. Sambil berjalan bolehlah juga belajar nama-nama pokok yang ada di kiri dan kanan sepanjang titi tu. Tapi, bagi aku yang tak tahu sangat pasal tumbuhan ni, aku tengok pokok-pokok ni sama ja semua, tak reti nak beza. Hehe.

Titian Kanopi dikelilingi pohon

Sampai kat hujung titi, rasa lapar la pulak sebab pagi tadi sarapan sikit sangat. Khai beria sungguh ajak makan kat tepi tasik, jadi kami pun pusing ke tepi tasik tu melalui Taman Paku-pakis, berkelah kat bawah pokok. Breakfast+lunch (=brunch) kami megi goreng, dengan begedil dan cucur bawang. Che An pulak bawak nugget tempura goreng. Agak mewah jugak lah sarapan kami sebab banyak benda walaupun simple.

Brunch kami

Selesai sarapan, aku ajak depa masuk taman sebab banyak lagi yang belum explore ni. Dari tasik tu, kami jalan ikut Laluan Pandanus kemudian masuk ke Sigai Seri. Kat sigai ni cantik sangat landskap dia. Kita kena naik tangga batu di mana ada pokok-pokok orkid yang ditanam kat sekitar tu.

Sigai Seri. Nampak tak pokok orkid kat belakang Che An tu?

Dari situ, aku terus ajak depa ke Terowong Bunga Kertas. Lepas tu, jalan punya jalan punya jalan, jumpalah kawasan bukit kecil-kecil tu, yang macam dalam blog yang aku baca tu. Apa lagi, bergambarlah.

Duduk-duduk sat

Sebenarnya misi aku nak pusing taman ni nak tengok Sundial kat Taman Suria. Tapi aku tak bagitau pun kat depa ni sebab nak bagi depa bertambah excited bila jumpa. Haha. Dan misi aku berjaya! Semua pakat excited termasuk aku bila jumpa Sundial tu. Bergambar sampai ke atas. Haha.

Sundial di Taman Suria. Waktu ni pukul 12.20 tengahari

Selesai misi tu, kami turun ke Siar Kaki Pesisiran Tasik. Ambil gambar sikit kat tepi tasik tu sebelum jalan balik ke tempat parking melalui Teduhan Ara dan Laluan Bunga Raya. Waktu ni dah pukul 1.00 petang. Dekat 2 jam jugak la kami jalan pusing taman.

Hati-hati turun tu kak
Pemandangan dari atas bukit
Yang ni kat tasik
Pemandangan tasik
Dalam perjalanan pulang, sedikit perselisihan faham antara Syahiyy dan Khai dilaporkan berlaku. Tiada kecederaan jiwa dilaporkan

Nak jugak gambar stail assasin

Dah dekat nak Zohor, kami ke Masjid Putra untuk solat dan rehat-rehat sekejap di sana. Sebelum pulang, kami ke Masjid Besi sekejap, singgah je. Lepas tu terus pulang ke Serdang.

Pemandangan dari Masjid Putra

Alhamdulillah selesai dah misi ke Taman Botani, Putrajaya. Seronok sangat-sangat. Macam tak percaya dah berjaya sampai sana. Minggu depan nak pi mana pulak ya?

Terbang tinggi-tinggi