23 May 2018

Review Drama: Cinta Fatamorgana

Tetiba rasa nak tulis review pasal drama pukul 7 yang baru habis semalam, Cinta Fatamorgana. Secara peribadi, lakonan pelakon memang bagus, since aku pun memang tak pandai berlakon, so kira okay la kan haha. Aku ni tak menyebelahi mana-mana watak, sebab bagi aku semua watak ada kesilapan dan kekurangan masing-masing. Bermula dengan Deraman yang takut sangat rahsia dia terbongkar sampai sanggup buat apa je, Karmila yang nak sangat anak dia kahwin dengan Huzair sebab nak harta, Rifqi yang nampak lembik sangat dari awal sampai habis cerita tak kesah isteri dibawa lari, Huzair yang menjadi mangsa disebabkan kesilapan ayah dia dan end up jadi violence sebab terlampau taksub dengan cinta, Wildad yang juga tersepit antara Rifqi dan Huzair sedangkan dia dah lama tahu tapi lambat sangat reveal yang dia tak cintakan Huzair tapi Rifqi, Delina yang pada awalnya ok bila jumpa Syakir tapi lepas Syakir mati dia kembali memburu cinta Huzair, Fara yang dari awal sampai ke sudah masih dok rasa tak layak dapat cinta Rifqi jadi asyik dok bawa diri pergi Jakarta, dan banyak lagi la.

                Cuma cerita dia macam tak berapa seimbang bagi aku, walaupun memang la logik bila Rifqi dengan WIldad akhirnya berjodoh sampai ke akhir cerita. Sebab, pada mulanya cinta masing-masing hanya dipendam dalam diam, tup2 dapat offer untuk kahwin. Okay la dah memang namanya jodoh kan. Tapi dirahsiakan perkahwinan tu daripada Huzair sampai Huzair balik dan dapat tahu sendiri. No wonder la Huzair rasa dikhianati Rifqi dengan Wildad, sebab dua-dua berlakon seolah-olah tak ada apa yang berlaku, sedangkan mereka dah berkahwin dan seronok bercinta selepas kahwin. Cerita ni akan jadi lebih ok kalau Rifqi dengan Wildad tak ambik masa terlalu lama untuk terus terang dengan Huzair, dan minta maaf sebab diorang pun terpaksa. Tak kesahlah Huzair nak terima atau tak maaf diorang tu. Tapi dibiarkan Huzair bertindak ganas dan bertambah ganas semakin menganjak masa, selagi apa yang dia nak tak kesampaian. Tiba-tiba dapat tahu pulak kenapa ayah dia tak bagi kahwin sangat dengan Wildad. Huzair memberontak, semua orang dipersalahkan. Yang si RIfqi pulak lambat sangat buat tindakan. Okay la, mungkin dia tahu dia salah sebab khianati Huzair walaupun dia pun tersepit, tapi macam biar je Huzair buat apa-apa pada dia. Yang dia buat cuma berdoa dan solat. Guys, memang doa dan solat tu perlu bila kita ditimpa masalah macam dalam surah al-Baqarah ayat 153. Tapi kita kena ada usaha jugak bro. Bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang. Kau buat la report polis ke, upah orang jaga Wildad ke, pesan kat pihak hospital untuk tengok-tengokkan Wildad bila kat hospital ke, tapi lambat sangat-sangat Rifqi buat tindakan. Dan cerita ni, akhirnya dua orang yang paling bahagia sedangkan ramai jugak yang menderita. It’s either you accept the fate and move on or not.

                Aku boleh move on cuma macam ada rasa sedikit tak puas hati. Aku nak tahu apa yang jadi lepas Huzair keluar penjara, adakah dia akan kembali memburu cinta Wildad atau dah jadi baik. Fara pulak, betul ke dia meninggal sebab kanser, mana tahu tiba-tiba ada plot twist dia sembuh dan kembali menagih cinta Rifqi. Delina, apa yang jadi dekat dia, gila ke? Dan apa yang jadi pada watak-watak lain. Bagi aku, hampir semua watak layak dapat happy ending sebab masing-masing, termasuk Huzair jadi jahat sebab tersepit dan memberontak. Cuma moral of this story, jangan terlalu taksub dengan cinta, kelak kau akan merana.

                Aku tak follow cerita ni setiap episod pun, dan episod terakhir pun aku cuma tengok sekejap-sekejap sampai Rifqi dengan Wildad nak mandikan baby, buka puasa la katakan, tambah waktu Maghrib pulak tu, dan aku pun tak minat nak tengok babak yang terlampau geli-geli. So, kalau ada info aku yang salah, aku minta maaf awal-awal ya. Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada semua team drama Cinta Fatamorgana ni, sebab ni antara drama yang aku follow walaupun tak la penuh, mungkin sebab pelakon dan pengarah jugak kot. Tapi aku masih tak faham fatamorgana tu untuk siapa sebenarnya. Cuma aku masih mengharapkan ada drama Melayu yang penuh ilmu dan informasi macam Qanun99 atau banyak drama Korea dan Omputih. Yang ada kebanyakannya, cinta, cinta tak kesampaian, cinta tiga segi, cinta tepuk sebelah tangan, cinta jarak jauh, cinta terpaksa kahwin, asyik pasal cinta je... come on, yang pandai menulis buat la satu skrip yang ilmiah sikit.

No comments:

Post a Comment