19 August 2016

Tips Nak Pi Jalan

Aku ni sebenaqnya bukanlah kaki jalan sangat pun. Tapi sebab intern kat Serdang ni tak lama, dalam 2 bulan ja, dengan kawan-kawan aku (Khai dengan Syahiyy, Che An sekali) yang tak reti duduk diam time hujung minggu, hehe, tambah pulak ada kereta dan public transport yang pelbagai, ni lah antara sebab aku banyak pi jalan akhir-akhir ni.

Tambahan pulak, menyahut seruan Allah dalam al-Quran, di mana ada banyak ayat yang sebut:

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا...

Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah...” hingga akhir ayat.

Berjalan ni seronok sebab hang boleh buka mata melihat keindahan alam dan ciptaanNya. Macam-macam benda hang boleh jumpa, hang boleh tengok perangai orang macam mana, belajaq dunia luaq macam mana, tambah ilmu, tambah pengalaman, dan banyak lagi lah.

Tapi, sebelum nak pi mana-mana, hang kena la buat beberapa persiapan supaya perjalanan hang tu lebih enjoy, jimat duit, tenaga, dan masa. Jadi kali ni aku nak share apa yang biasa aku buat bila tiba-tiba rasa nak pi jalan.

1. Kawan

Kawan ni memang sangat penting. Kalau tak pun mesti kena ada sorang teman, bini hang ka, laki hang ka, adik hang ka, mak hang ka. Sebabnya kalau tak dak kawan, perjalanan hang tu akan jadi sunyi dan hang tak puas nak ekspresikan betapa seronoknya perjalanan tu. Bila ada kawan, hang boleh share perasaan dan keterujaan, bila ada masalah pula boleh selesaikan sama-sama.

Kawan jugak penting untuk penjimatan, haha. Macam mana tu? Duit minyak, tol dan parking boleh kongsi sama rata. Kadang-kadang hang jugak boleh dapat harga pakej yang lebih murah bila pi ramai-ramai berbanding pi seorang.

Satu lagi point, berjalan atau bermusafir ni adalah satu cara yang paling baik untuk hang kenal siapa kawan-kawan hang. Waktu ni lah hang boleh tau depa ni jenis yang macam mana, cepat marah ka, penyabar ka, cerewet ka, gila-gila ka. Secara tak langsung, benda-benda ni akan membantu hampa dalam mengekalkan persahabatan yang dah dibina.

2. Kewangan

Kena ambik tau status kewangan hang dan kawan-kawan hang. Letak limit pada bajet yang hampa nak buat. Kewangan ni penting bagi pemilihan tempat, pengangkutan yang hampa akan guna, dan aktiviti yang hampa nak buat nanti.

3. Tempat

Yang ni bergantung pada minat hampa lah. Jangan pulak pilih tempat semata-mata sebab murah tapi tak best, hampa tak enjoy pun perjalanan ni. Ambil kira jugak jarak dari tempat hampa dan bayaran masuk kalau ada. Berbaloi tak nak pi tempat ni dengan kedudukan kewangan hampa, jarak, kos pengangkutan, dan aktiviti yang hampa boleh buat di sana?

4. Pengangkutan

Bila dah jumpa tempat yang sesuai, kena fikirkan pulak macam mana nak pi ke tempat tu. Apa pilihan pengangkutan yang hampa ada? Kereta, LRT, KTM, bas, teksi? Yang mana satu lebih mudah dan jimat? Pilihan di tangan hampa. Kalau ada masalah kat sini, jangan segan-segan untuk ubah lokasi, boleh jadi sekarang bukan rezeki lagi untuk pi ke tempat asal yang hampa nak pi tu.

5. Merancang

Sebenaqnya dari point 1 pun memang dah start planning, hehe. Selain yang atas ni, rancang jugak pukul berapa hampa nak mula gerak, kalau drive sendiri nak ikut jalan mana, cuaca macam mana. Apa pulak aktiviti yang hampa boleh dan nak buat di tempat tu nanti?

6. Persiapan sebelum nak pi

Ha, persiapan ni kena lah buat elok-elok. Pakaian mesti sesuai dengan tempat dan aktiviti yang hampa nak buat nanti. Contohnya kalau hampa plan nak naik bot itik, takkan nak pakai baju kurung atau jubah kan? Selain tu, siapkan jugak barang-barang yang perlu dibawa seperti IC, lesen, student card, kad TouchnGo, duit syiling, topi, selipar, backpack, spek hitam, kamera, monopod, baju spare kalau perlu, ubat-ubatan asas, bekal makanan dan air mineral. Jangan lupa juga charge telefon dengan power bank sampai penuh, dan pastikan kredit dan data telefon hampa aktif dan cukup.

Satu lagi point bagi yang nak drive sendiri, pastikan kereta hampa dalam keadaan baik sebelum bertolak tu. Buatlah rutin pemeriksaan kenderaan (RPK) dan rutin sebelum memandu (RSM), time ni lah nak apply apa yang hampa pernah belajaq kat sekolah memandu dulu. Hihi. Pastikan minyak petrol, minyak hitam, tayar, lampu, signal, road tax, wiper, bateri, tayar spare, tools dan semua benda lah, dalam keadaan baik dan cukup.

7. Ready to Go

Dah bersedia semuanya, mental dan fizikal, apa lagi moh la kite!

p/s: Time bujang ni lah boleh pi jalan rata, nanti dah kawin dah ada anak, payah weh. Kih3.


No comments:

Post a Comment