11 August 2016

Lecturer Datang

Minggu lepas kami tak pi mana-mana pun sebab nak buat persiapan untuk Lecturer Visit hari Selasa lepas. Terpaksalah korbankan satu lagi hujung minggu. Tapi pagi Sabtu tu sempat jugaklah pi jogging kat Taman Tasik Sri Serdang. Nak mengarang skrip untuk presentation mestilah kena bersedia mental dan fizikal dulu kan. Hehe.

Kat tasik ni, memang ramai orang bersenam, berjogging, memancing, bersantai-santai dengan keluarga, siap ada kelas bersenam untuk menguruskan badan lagi. Petang-petang time balik kerja pun nampak ramai orang bersenam kat tasik ni. Kami ni tunggu rajin ja la baru nak bersenam, kalau tak rajin memang memerap la kat rumah tu.

Hari Ahad pulak selepas sarapan kat rumah, tiba-tiba terasa nak berzumba. Terus cari zumba mudah untuk beginner kat Youtube. Ingatkan susah nak cari, rupanya berlambak kat Youtube tu, sampai ke cool down pun ada. Apa lagi, berjoget dan berzumba lah kami kat ruang tamu rumah tu, alang-alang housemate pun tak keluar bilik lagi. Hahaha.


Aktiviti lain di hujung minggu lepas, hanya siapkan bahan untuk pembentangan waktu lawatan pensyarah tu. Yang datang melawat kami kat MARDI Serdang ni ialah Dr. Fiona yang sangat awesome. Hari pembentangan tu, memang awal Dr. Fiona sampai, sebelum pukul 8 dah sampai kat TS3 ni. Lepas bawak pergi sarapan kat kantin, mulalah sesi pembentangan tu. Syahiy mula dulu, kena paksa sebab dia ada cerita pasal MARDI, lepas tu Khai, dan akhir sekali aku.

Pembentangan oleh Syahiy

Tak sangka pulak big boss kami iaitu Dr. Haslina, Timbalan Pengarah nak dengar sekali pembentangan tu. Maka bertambah cuaklah kami bertiga, dari awal sampai habis pulak tu Dr. Haslina stay.

Bila dah selesai tu seronok tak terkatalah. Supervisor kami, Dr Fiona, Dr Haslina semua sangat supportive. Depa buat pembentangan tu macam sesi perbincangan nak dapatkan hasil analisis yang lebih baik pulak. Lepas sembang-sembang sambil minum teh, Dr. Fiona dibawa melawat makmal.

Ucapan aluan
Bergambar dengan semua. Dari kiri Pn. Hasni (SV Syahiy), Pn. Faiz (SV Khai), En. Mohd Lip (SV saya), Dr. Fiona, Dr. Haslina, Syahiyy, saya, Khai.
Lawatan makmal
Lawatan ke bilik instrumen
Tengok instrumen lagi

Selesai kat TS3 ni, kami teman Dr. Fiona ke Pusat Penyelidikan Biotech untuk melawat Syaza pula. Ni first time kitorang dapat masuk tengok anak-anak pokok yang diorang buat. Bukan senang nak dapat permission macam ni. Comel sangat.

Lepas tu, kami terus teman Dr. Fiona ke tempat Aleen di makmal halal UPM, seberang je dengan IOI Mall. Ini pun sepatutnya tak boleh keluar hehe, tapi jangan risau, kami dah bagitau supervisor, nasb baik tak kena marah. Dapatlah jugak pusing-pusing tengok makmal dia.

Setakat ni je la entri kali ni. Projek pun dah selesai, tinggal nak siapkan laporan untuk MARDI dan untuk UIA. Rasanya hujung minggu ni pun tak ke mana kot, sebab nak siapkan laporan tu. Chill!

No comments:

Post a Comment