29 August 2016

Dah Habis Intern!

Fuhh! Penat gilos! Habis ja intern Jumaat lepas, hari Sabtu aku terus ke rumah Kak Leha kat Sepang. Hari Ahad pulak depa bawak pi jalan kat Pantai Morib. Elok-elok aku nak ambik gambaq ja, talipon tangan habis bateri. Haha, Tuhan tak bagi menunjuk kat orang la tu.

Ni ja gambaq kat Pantai Morib yang sempat diambil
Aku dah biasa pi rumah Kak Leha ni. Oleh sebab dia kerja sekerat hari Sabtu tu, aku naik bas dari TBS ke KLIA. Habis kerja kak aku mai ambik balik ke rumah dia. Petang Ahad tu pulak, Abang Nasir mai ambik kat Morib, singgah Serdang ambil barang, kemudian balik ke rumah dia. Memang letih lah beberapa hari ni. Ingatkan nak balik Kedah pagi tadi, tapi rasa dah tak larat, balik esok ja lah.

Tiket bas TBS-KLIA
Yeah, Dah Habis Intern!

Yeah! Setelah berhempas pulas selama 11 minggu, akhirnya selesai lah sudah intern kami. Khai dengan Syahiyy sibuk suruh aku update blog and wrap up everything along the journey. Cewah, cakap orang putih! Baiklah kawan-kawan, mai saya cerita secara ringkas tentang internship a.k.a. LI saya ni.

Yeah, dah habis!
Pilihan saya kat MARDI bukan pilihan pertama atau kedua. Saya usaha mintak tempat-tempat yang dekat dengan rumah tapi jodoh saya dengan MARDI HQ yang kat Serdang ni jugak. Ehem, mungkin jodoh saya pun macam tu jugak kot, dok harap orang dekat-dekat, tengok-tengok dapat yang jauh-jauh jugak. Mana la tau kan? Ahaks!

Bila dah dapat jauh-jauh ni, kena lah cari tempat tinggal sendiri. Oleh sebab Khai dengan Syahiyy dapat sekali, kami pun plan lah nak duduk sekali ja, senang dan mudah. Mula-mula ingat nak duduk kat kolej kediaman UPM ja, tapi bila tanya rumit pulak jadinya. Dalam minggu-minggu terakhir sem lepas, waktu tengah exam, baru lah kalut-kalut cari rumah atau bilik sewa. Sungguh tak disangka, rezeki kami dapat bilik sewa rumah taman yang murah dan tak jauh dari tempat kerja.

Ni lah rumah kami dulu
Hari pertama nak lapor diri, cuak sangat. Ketaq la jugak walaupun kami bertiga-tiga, sebab tak tau tempat tu macam mana kan. Lepas lapor diri kat HR, kami pun pi ke TS3. Awal lah jugak kami sampai pagi tu, sebelum pukul 8.00. Tunggu lah SV masing-masing mai dulu.

Lepas tu, kami pun jumpa dan berkenalan dengan SV. Nama SV saya En. Mohd. Lip bin Jabit, pegawai penyelidik kanan di TS3 ni. SV Khai ialah Pn. Faiez, SV Syahiyy pulak ialah Pn. Hasni. Lepas sembang-sembang dan bincang sikit dengan SV, kami diperkenalkan dengan sebahagian staf kat sini. Mula-mula kenal memang la takut-takut, sebab tak tau lagi orang-orang kat sini macam mana kan. Tapi, bila hang dah duduk lama kat sini, gotong-royong sekali, makan sekali, sembang sekali, semua orang sebenaqnya okay dan baik sangat.

Gambaq dengan sebahagian staf pada Jamuan Hari Raya baru-baru ni
Sepanjang intern, ada la hari-hari yang kami kena balik lewat sebab nak siapkan kerja. Awal-awal dulu aku yang selalu habis lewat, tengah-tengah tu Khai, hujung-hujung Syahiyy pulak. Walaupun kami tak dak punch card, tapi kena lah tepati masa pi dan balik kerja. Tak kesah sangat pun balik lewat, bagi aku ni adalah pengalaman awal untuk FYP, Master atau PhD nanti.

Kat TS3 ni bukan ada kami saja, tapi ada lagi 7 orang student intern dari macam-macam universiti. Ada yang mai dari UPM, UMT, UTM, UiTM, UMS dengan UniMAS pun ada sekali. Nak sebut jugak nama depa, Hawa, Ayu, Farah, Miera, Marriesa, Syidah, dan Athirah. Kami pun tak sangka lah student intern seramai ni. Bila dah ramai macam ni, selalu sangat meriah dan riuh kat ofis tu. Kadang-kadang keluaq makan sekali, lepak sekali, jalan-jalan sekali.

Lunch kat Texas Chicken, IOI Mall
Bila dah kerja kat situ, walaupun hanya intern, rasa macam dah sebati dengan tempat tu. Gosip sana, gosip sini, isu itu, isu ini. Bila orang tak puas hati, kita pun rasa tak puas hati, bila orang rasa gembira, kita pun rasa gembira, tapi bila ada perselisihan antara staf kita malas lah nak ambik part. Hahaha.

Teringat jugak waktu jamuan hari raya. Awai-awai tu ada perselisihan jugak antara kami dengan staf secara diam, tapi akhirnya kita cuba fahami dan rai pandangan masing-masing. Nothing to be wondered lah, tak dak masalah pun kan. Hiduplah secara rukun dan damai. Acewah!

Gambaq time raya lagi
Sepanjang intern ni, macam-macam pengalaman yang kami dapat, sama ada ilmiah atau tak. Kalau daripada SV tu memang banyak yang ilmiah lah, kalau daripada staf lain banyak yang bukan ilmiah tapi lebih kepada skil dan survival. Aku ni nak kata tak pernah bekerja, pernah. Tapi aku tak pernah lagi bekerja ramai-ramai dalam satu ofis macam ni. Bagi aku, ni kira pengalaman yang cukup bermakna lah.

Bila dah habis intern, rasa sedih tu memang lah ada walaupun sekejap sangat duduk kat situ. Kalau ada peluang untuk aku terus kerja kat sini, aku akan consider untuk terima tawaran tu. Hehe.

Antara gambar-gambar terakhir sebelum meninggalkan MARDI huhu.
Oleh itu, di kesempatan ini saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MARDI terutamanya TS3 kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri di sini. Terima kasih kepada SV saya En. Mohd. Lip kerana telah berkongsi begitu banyak ilmu dan pengalaman yang tak ternilai sepanjang latihan industri ini.

Gambaq dengan semua SV, TP TS3 dan Dr. Fiona dari UIA sewaktu Lawatan Pensyarah baru-baru ni
Tidak lupa juga kepada Khai dan Syahiyy yang sudi menemani tidurku, menjaga makan minumku, menjadi penumpang setiaku sepanjang intern ni. Hehe.

Hmm, tak tau dah nak cerita apa lagi. Khai, Syera, kalau hampa ada nak tambah apa-apa tulis kat comment naa. Wassalam.

Seronok sampai rasa nak terjun kolam. Hahaha.
p/s: Oh ya, hujung minggu terakhir sebagai intern, kami ada jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. InsyaAllah nanti aku tulis pasal tu pulak ya.

No comments:

Post a Comment