25 July 2016

Misi ke Taman Botani, Putrajaya

Sabtu lepas, classmate kami Che An datang Serdang, nak bermalam kat rumah. Dah alang-alang Che An datang, aku pun plan dengan Khai dan Syahiyy nak jalan-jalan kat Putrajaya. Ingat tak dalam entri lepas aku ada cakap pasal blog yang cerita tentang Taman Wetland dan Taman Botani kat Putrajaya tu? Ha, oleh sebab tu lah, aku ajak depa semua ke Taman Botani sekali dengan Che An.

Pagi Sabtu tu, kami siapkan dulu sarapan dan lunch untuk bawa bekal nanti, nak jimat kan. Lebih kurang pukul 10 pagi kami ambil Che An di KTM Serdang, lepas tu terus ke Putrajaya. Dari sini ke Taman Botani tak jauh mana pun, dalam 30 minit dah sampai.

Peta Taman Botani, Putrajaya

Bila dah sampai, kami terus ke Pusat Interpretif Pelawat. Nak masuk taman ni percuma ja tau, cuma bayar kalau nak sewa basikal. Kalau tak salah aku dalam RM8/jam waktu hujung minggu. Ramai ja yang sewa basikal tu pusing taman, tapi aku ajak kawan-kawan aku ni jalan kaki, boleh tengok pokok-pokok lagi dekat sambil exercise.

Kami mula dengan Titian Kanopi. Masuk ja kawasan ni, rasa seronok tu seriously tak terkata. Kiri kanan atas bawah ada tumbuhan. Apa lagi, mulalah bergambar. Sambil berjalan bolehlah juga belajar nama-nama pokok yang ada di kiri dan kanan sepanjang titi tu. Tapi, bagi aku yang tak tahu sangat pasal tumbuhan ni, aku tengok pokok-pokok ni sama ja semua, tak reti nak beza. Hehe.

Titian Kanopi dikelilingi pohon

Sampai kat hujung titi, rasa lapar la pulak sebab pagi tadi sarapan sikit sangat. Khai beria sungguh ajak makan kat tepi tasik, jadi kami pun pusing ke tepi tasik tu melalui Taman Paku-pakis, berkelah kat bawah pokok. Breakfast+lunch (=brunch) kami megi goreng, dengan begedil dan cucur bawang. Che An pulak bawak nugget tempura goreng. Agak mewah jugak lah sarapan kami sebab banyak benda walaupun simple.

Brunch kami

Selesai sarapan, aku ajak depa masuk taman sebab banyak lagi yang belum explore ni. Dari tasik tu, kami jalan ikut Laluan Pandanus kemudian masuk ke Sigai Seri. Kat sigai ni cantik sangat landskap dia. Kita kena naik tangga batu di mana ada pokok-pokok orkid yang ditanam kat sekitar tu.

Sigai Seri. Nampak tak pokok orkid kat belakang Che An tu?

Dari situ, aku terus ajak depa ke Terowong Bunga Kertas. Lepas tu, jalan punya jalan punya jalan, jumpalah kawasan bukit kecil-kecil tu, yang macam dalam blog yang aku baca tu. Apa lagi, bergambarlah.

Duduk-duduk sat

Sebenarnya misi aku nak pusing taman ni nak tengok Sundial kat Taman Suria. Tapi aku tak bagitau pun kat depa ni sebab nak bagi depa bertambah excited bila jumpa. Haha. Dan misi aku berjaya! Semua pakat excited termasuk aku bila jumpa Sundial tu. Bergambar sampai ke atas. Haha.

Sundial di Taman Suria. Waktu ni pukul 12.20 tengahari

Selesai misi tu, kami turun ke Siar Kaki Pesisiran Tasik. Ambil gambar sikit kat tepi tasik tu sebelum jalan balik ke tempat parking melalui Teduhan Ara dan Laluan Bunga Raya. Waktu ni dah pukul 1.00 petang. Dekat 2 jam jugak la kami jalan pusing taman.

Hati-hati turun tu kak
Pemandangan dari atas bukit
Yang ni kat tasik
Pemandangan tasik
Dalam perjalanan pulang, sedikit perselisihan faham antara Syahiyy dan Khai dilaporkan berlaku. Tiada kecederaan jiwa dilaporkan

Nak jugak gambar stail assasin

Dah dekat nak Zohor, kami ke Masjid Putra untuk solat dan rehat-rehat sekejap di sana. Sebelum pulang, kami ke Masjid Besi sekejap, singgah je. Lepas tu terus pulang ke Serdang.

Pemandangan dari Masjid Putra

Alhamdulillah selesai dah misi ke Taman Botani, Putrajaya. Seronok sangat-sangat. Macam tak percaya dah berjaya sampai sana. Minggu depan nak pi mana pulak ya?

Terbang tinggi-tinggi

No comments:

Post a Comment